Saturday 29 October 2011

Assalamu'alaikum. Disini, ada dua pengumuman mengenai Hari Raya 'Aidil Adha yang insya-Allah akan diadakan pada 10 Zulhijjah 1432 bersamaan 6hb November 2011:-

"Kepada Semua Pelajar-Pelajar United Kingdom,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PER: KORBAN DAN AQIQAH 1432H/2011M

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Komiti Keugamaan Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di London akan mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah sempena sambutan Hari Raya `Aidil Adha 1432H/2011M.

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang ingin ikut serta dalam Ibadah Korban dan Aqiqah bolehlah mengisikan borang dan menyerahkan kembali kepada Setiausaha KKSJT tidak lewat 7 Zulhijjah 1432H bersamaan 3hb November 2011M.

Semoga dengan niat ikhlas dan ibadah yang dikerjakan akan mendapat limpahan berkat dan rahmat sebanyak-banyaknya dari Allah Subhanahu Wata’ala, Amin.

Firman Allah s.w.t (Surah Saba’ ayat 39)

“Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki”.

Wassalam."

Kepada sesiapa yang ingin mengikut takbir Hari Raya 'Aidil Adha, dipersilakan untuk menghadirkan diri pada hari Sabtu, 5hb November 2011, waktu 6:15 malam di surau Keele. Insya-Allah kita akan berjemaah solat Maghrib dan seterusnya bertakbir.

Sekian, harap maklum.

No comments: