Monday 17 March 2014

Solat Hajat for MH370

‏السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Persatuan BruKeele telah mengadakan Solat Hajat di Keele Islamic Centre pada hari Ahad (16/03/2014) untuk mangsa-mangsa yang terlibat didalam insiden Malaysian Airlines MH370. Pelajar-pelajar Brunei dan Malaysia yang berada di Keele dijemput untuk menghadiri Solat Hajat tersebut.

Setelah Solat Hajat yang diketuai oleh Muhammad Firas (Pegawai Ugama Lelaki BruKeele) selesai, pelajar-pelajar membaca surah Yassin sambil menunggu masuk waktu untuk Solat Isya'.

Persatuan BruKeele ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang menghadiri Solat Hajat, terutamanya yang datang dari Birmingham, Staffordshire dan juga yang berdiam di luar kampus.

Kami juga ingin berdoa untuk keselamatan penumpang-penumpang MH370 dan juga berharap kita semua boleh berdoa bersama.

Amin Amin Ya-Rabbal Alameen.







Firas membaca doa selepas solat hajat selesai.

Membaca Surah Yassin sambil menunggu waktu Isya'





#prayforMH370


BruKeele Committee 2014/15

•msi•



No comments: